Rawatan Ar-Rahman

''Dan kami akan turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG yang BERIMAN kepadanya.''(AlIsro':82)

Alamilah proses Rawatan Ar Rahman bagi merawat segala penyakit yang berkaitan jasmani, rohani, minda, hati dan jiwa. Rawatan terbaik untuk semua peringkat umur. Rawatan eksklusif dan sistematik. Rawatan AR-RAHMAN yang kami praktikkan adalah dengan menggabungkan beberapa ibadah seperti Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab. Segalanya adalah bertujuan untuk memohon pertolongan dan keredhaan Allah SWT agar apa jua Penyakit atau Masalah akan segera mencapai kesembuhan.
In shaa Allah.

Perhatian

  1. PUSAT RAWATAN AR-RAHMAN adalah terbuka kepada semua kaum, bangsa dan agama. Sila bawa Penterjemah Bahasa jika anda tidak fasih berbahasa Melayu.
  2. Semua Pesakit, Waris dan Peneman dimestikan menutup aurat ketika berada di dalam Bilik Rawatan.
  3. Pesakit Wanita digalakkan untuk hadir bersama seorang muhrim ketika menjalani rawatan.
  4. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, dilarang masuk ke Bilik Rawatan, kecuali yang memerlukan rawatan sahaja.

Pendekatan Rawatan

  • Pemulihan AR-RAHMAN: 3 Sesi Rawatan

Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Nota: Segala maklumat Pesakit dianggap SULIT dan RAHSIA, kecuali kepada Perawat sahaja.

Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW  telah bersabda (yang bermaksud) : '' Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH.'' (HR Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ''ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI.'' (HR Al-Bukhhori dan Muslim)

Kami sedia membantu anda.

HUBUNGI KAMI
BORANG RAWATAN & RUNDINGAN


Tukar ke versi mobile