Mengenai Kami

Alhamdulillahirobbil'alamin.

Segala puji dan setinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah SWT. Pemilik dan Pengatur sekalian Alam. Tiada lain yang layak kami sembah dan tempat kami mohon pertolongan dan pengharapan selain Mu Ya Allah.
KepadaMu kami menyembah, kepadamu jua kami mengabdi diri dan memohon pertolongan.

Selawat dan Salam buat kekasih yang dirindui. Dirimu insan agung menjadi ikutan kami dan umat sepanjang zaman, Nabi Muhammad S.A.W. Mudah mudahan kami dan pembaca ruangan ini, dikurniakan syafaat darimu di akhirat nanti. Dirimu insan agung dan mulia yang amat kami rindui.

Kepada seluruh ahli keluarga Baginda, para sahabat yang mulia yang bersama baginda dalam perjuangan menegakkan kalimah suci bagi memakmur dan memberi kebaikkan pada mahluk dibumi. Sesungguhnya kalian menjadi inspirasi kepada kami, dalam perjuangan membantu masyarakat, bangsa dan tanahair tercinta bagi mencapai kesejahteraan rohani dan jasmani agar dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah dan beribadah dengan sempurna.

Buat guru-guru yang kami sayangi, setiap aliran ilmu yang diri kalian alirkan, mudah mudahan ganjaran amal baik terus Allah S.W.Tberikan buat kalian dan syurga sebagai balasan kami doakan.

Buat insan teristimewa yang membawa peranan seorang ayah atau pun bapa, sesungguhnya pengorbanan kalian dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, menjadi asas kekuatan dalam kehidupan keluarga. Teruskan perjuangan sebagai khalifah yang didambakan oleh wanita yang bergelar isteri.

Buat insan penyayang yang bergelar Wanita @ Ibu. Kalian adalah pelindung, pendidik dan pencorak anak-anak untuk generasi dan dunia pada masa hadapan. Segala jerih payah dalam menumpahkan kasih sayang terhadap anak anakmu, pastinya mendapat ganjaran baik yang diberikan oleh Allah S.W.T.  Dirimu kan dikasihi, disayangi, dirindui oleh semua anak anakmu untuk selama lamanya.

Buat generasi anak muda, Kalian pemimpin masa hadapan. Kalian bakal mewarisi dunia dan bakal mencoraknya. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam mencorakkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan.

PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN yang dikendalikan oleh Rahman Consultancy merupakan Perunding Profesional dan pakar dalam membantu menangani masalah berkaitan Rohani dan Jasmani kepada seluruh rakyat Malaysia dan luar negara bagi mencapai kehidupan yang sejahtera dari segi rohani dan jasmani, seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN merupakan instutusi perundingan profesional yang menyediakan khidmat rundingan sokongan profesional bagi membantu pesakit khususnya dalam membantu dan sebagai jalan ikhtiar bagi merawat penyakit yang dihadapi agar pesakit atau ahli keluarga tidak berputus asa dalam mencari penawar terhadap musibah yang sedang dihadapi.

PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN mengalu alukan seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan rundingan dan rawatan bersama kami. Ianya juga merupakan sebagai sokongan kepada rawatan moden (Allopati) kepada mereka yang sedang menjalani rawatan diklinik ataupun hospital ketika ini (sekiranya sedang menjalani rawatan). Sekiranya anda belum membuat sebarang rawatan moden dimana mana klinik dan hospital, atau belum mwnemui penyembuhan dari rawatan yang telah dijalankan sebelum ini, PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN sedia untuk membantu anda.

Mudah mudahan, sekelumit ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kami, dapatlah kiranya kami membantu anda kepada penyembuhan dan seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

In shaa Allah
Dengan Izin Allah.

Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW  telah bersabda (yang bermaksud) : '' Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH.'' (HR Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ''ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI.'' (HR Al-Bukhhori dan Muslim)

PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN.

Kami sedia membantu anda.



Tukar ke versi mobile